Monday, April 5, 2010

Penjaga Keselamatan Yang Bengang Dengan Aku


Ext. Luar Pagar Universiti Islam Antarabangsa - Malam

SYAUKAT dalam perjalanan pulang dari berjoging dan makan malam di restoran yang berhampiran dengan bertemankan pemain MP3nya. Dia menghampiri pintu pagar universitinya dan meluru ke arah PENJAGA KESELAMATAN 1 yang berpakaian unifom lengkap ditugaskan untuk mengawal pagar tersebut dengan harapan Penjaga Keselamatan 1 tersebut akan meminta pengesahan yang dia merupakan seoprang pelajar di kampus itu.

Syaukat berjoging dengan perlahan masuk ke dalam pagar, tetapi kelihatan Penjaga Keselamatan 1 tersebut sibuk melakukan tugasnya, lalu Syaukat pun meneruskan perjalananya untuk ke dalam kampus.

Penjaga Keselamatan 1
(dalam nada yang samar-samar) nk ... mana tu?

Syaukat terberhenti kerana merasakan ada orang memanggil dia. Dia mencabut earphone yang disumbatkan di telinganya dan memandang ke arah Penjaga Keselamatan 1.

Syaukat
Amende?

Penjaga Keselamatan 1
Nak gi mana tu? (geram)

Syaukat
Masuk ah ...

Penjaga Keselamatan 1
Ko sini jap ... (bengang)

Syaukat
(terpinga-pinga)


Syaukat berjalan ke arah Penjaga Keselamatan 1 seperti yang diminta dan mengeluarkan Kad Matriknya yang akan mengesahkan bahawa dia merupakan penuntut di institut tersebut.

Penjaga Keselamatan 1 melihat kad matrik tersebut kemudian memandang Syaukat

Penjaga Keselamatan 1
Kamu ni takda budi bahasa ya. (lagi bengang)

Syaukat
huh? (pelik)

Penjaga Keselamatan 1
Saya tanya kamu nak pergi mana, kamu jawab lebih kurang jerk. Cakapla saya pelajar dari sini, pastu tunjukla kad matrik.

Syaukat
(diam mendengar kata-kata Pengawal Keselamatan 1)

Syaukat hanya mampu senyap, kemudian beredar untuk meneruskan perjalananya. Belum sempat dia memasang pemain MP3nya kembali dia terdengar;

Penjaga Keselamatan 1
Sini jap.


Syaukat pergi ke arah Penjaga Keselamatan 1.

Penjaga Keselamatan 1
Masuk sini jap

Penjaga Keselamatan 1 menunding ke arah pondok pengawal yang berhampiran.

Tanpa membantah suruhan Penjaga Keselamatan 1, Syaukat masuk ke dalam pondok tersebut.

Int. Pondok Penjaga Keselamatan - Malam

Di dalam, terdapat 3 LAGI Penjaga Keselamatan. PENJAGA KESELAMATAN 2, berpakaian unifom lengkap duduk menghadap komputer sambil mendengar lagu. PENJAGA KESELAMATAN 3 berpakaian separa lengkap dengan kemeja-T sedang duduk berborak dengan mereka yang lain. PENJAGA KESELAMATAN 4 sedang berehat di atas sofa di ruangan belakang.

Syaukat menuju ke arah Penjaga Keselamatan 2 kerana dia merasakan yang inilah orang yang patut dijumpa.

Penjaga Keselamatan 1
Saman dia ni ... rambut tu ... (seperti berbisik tetapi nada tetap bengang)

Penjaga Keselamatan 1 menutup pintu pondok, dan meneruskan kerjanya di luar

Penjaga Keselamatan 2
Mintak Kad Matrik.

Syaukat menghulurkan Kad Matriknya kepada Penjaga Keselamatan 2. Penjaga Keselamatan 2 mengambil Kad Matrik daripada Syaukat dan mengesahkan ia dengan menggunakan komputer yang berada di hadapannya.

Penjaga Keselamatan 2
Pelajar Master, takkan tatau lagi peraturan kat sini.

Penjaga Keselamatan 3
Bukannya kami suruh botak macam ni. (mengusap2 kepalanya yang botak)

Penjaga Keselamatan 1 muncul di hadapan kaunter cermin pondok.

Penjaga Keselamatan 1
Saman dia ni. (menunding jari ke arah Syaukat)

Penjaga Keselamatan 1 beredar untuk meneruskan kerjanya.

Penjaga Keselamatan 2
Dah, ni last warning...

Penjaga Keselamatan 2 mencatit nombor Matrik daripada Kad Matrik, dan memberikannya kembali kepada Syaukat.

Syaukat mengambil kembali Kad Matriknya.

Syaukat
Terima kasih

Syaukat keluar dari pondok pengawal kemudian cepat-cepat beredar dari situ.

Syaukat melihat ke arah lubang untuk pili paip yang ada di dalam pondok tersebut, dimana terdapat beberapa puntung rokok. Dia hanya mampu berdiam diri kerana walaupun tidak besar dan tidak jelas tetapi dia tetap bersalah kerana memiliki rambut yang panjang dan bengang terhadap Penjaga Keselamatan 1 yang jelas bertindak mengikut emosinya.

Syaukat (monolog)
Bukannya panjang sangat rambut aku. Ala-ala Shah Rukh Khan je. Aku tau ko memang bertindak ikut perasaan. Bukannya aku nak bersikap kurang hajar dengan ko, tidak sama sekali dalam hati aku terditik untuk biadap dengan orang tua. Aku berlari ke arah ko supaya ko boleh tegur aku dan aku boleh tunjuk Kad Matrik aku. Tapi ko tak tengok pun. Aku da lepas ke depan da baru ko nak panggil. Sekali lagi, bukannya aku nak biadap dengan ko, tapi aku tak dengar, aku tengah dengar MP3 aku. Ko da sound aku camtu aku senyap je la. Sumpah kalo korang saman aku time tu, aku akan ungkitkan pasal puntung rokok yang ada dalam pondok tersebut.




15 comments:

cali said...

rambut kao panjang ? sumpah tak. misai pakgad tu lagi panjang yang patot disaman. sabar je lah sokat weh. they think they own this place. aish.

alia said...

aku suka cerita ni and aku kesian kat hang. maybe dia dengki psl dia dah tak boleh nak simpan rambut panjang.

Miss Fireflies said...

adesss tak habes2 kan psl pakgad uia ni..da dpt uniform baru pun perangai tak ubah2


*eh ape kene mengene?ngeh3

Sokat said...

cali: kan ... mane ade pnjang pun rambut aku ... saje die jerk ... aku buat mohawk kang baru tau ... bengang gile aku die cakap aku kurang sopan.

alia:pak gad tu emosi lebih weyh ... glad u like it hoho

Sokat said...

Awekjihoon: Same jerk ... baju baru ke mende ke same jerk ... skg bajet polis da kot hoho

Anonymous said...

lain kali jgn bagi muka dkat pakcik2 tu....mmg ada yg kurang asam-gula-garam-kopi-neskefe-tngkat ali...rokok tu jeayah diaorang...saman balik la

Diyana said...

tak bole blah siut. aku tak faham pakgad2 uia nih. aku rasa rambut kau tak panjang pun, aku rasa rambut fitri tu baru kira "panjang". emo la dorang. cari duit dgn cara cari pasal dgn student. heh. saba ye.

Sokat said...

Anonymous: aku hormat jugak la lg diaorg ni ... tp bengang gak ah da camni hoho ... kalo dia saman aku saman balik ...

Diyana: aku da kata da kan ... saje je diaorg tu ... mana pnjang pun ... cam Shah Rukh Khan je pun ... hoho

Encik Puaka said...

haha.
haha.
haha.

1.aku xdelah suke sangat pakgad.
tapi aku rase kau memang ade wajah menunjuk sombong sket sokat yang kau tayangkan kepada unknown public. haha.
mgkin pakcik tuh rase kau tak beradab, whch i somehow can relate to.

2.timing kau salah pasal pakcik tuh tgh pms kot. sorry for the situation.hehe.

3.shahrukhkhan ade datuk woo! haha. kite bile?


ps - tak salah pun senyum kat orang kite tak kenal. haha

Sokat said...

mungkin time aku toleh kat die tu aku berwajah sombong kot ... da die terus sound aku, aku diam ah terus ... apsal dia nk sound aku cam aku ni "budak kecik" yg kurang aja ...

Encik Puaka said...

hehe nasihat aku, nak mengelak kene marah ngan pakgad, kite yang gi tego die dulu sambil wat muke manje.
haha. kompom die bagi lepas.
percayalah.
taktik aku kompom berjaya!
hehe.

aku lagi x suke officer uia yang suke sman dresscode.
pakgad aku geng. hehe

asna ashraff said...

hahahaha

hahahagagaga

Farihah Ahmad said...

HAHA. nape aku gelak? uish. aku ksian neh.

joven said...

beautiful blog..pls visit mine to,and be a follower..thanks and God bless..http://forlots.blogspot.com/

nurul_udet said...

kesian ko sox. btw, ko bila abis?